Antara Signal, Main Telefon dan Mana Otak?

Skang ni dah jadi stail pengguna media social memaki hamun dan marah marah kat socmed memasing.
 
Antara isu yang selalu dibangkitkan ialah, PENGGUNAAN SIGNAL.
 
Contoh ye, akka join page KOMUNITI XXXXXXX, KOMUNITI XXXXX, XXXXXXX dan XXXX XXXXXXXXX dll.
 
Biasa setiap pagi Isnin yang berbahagialah banyak posting posting yang marah pasal pemanduan dan penggunaan signal mostly. Ye lah kan, orang kelam kabut nak hantar anak sekolah, nak kejar masuk opis nak punch card lagi kan.
Akka punya anak punya sekolah buat masa sekarang ni kira jem lagi. Dengan mak apak yang takde sivic, yang nak hantar anak bebetul depan pagar, dan sangat sangat mementingkan diri sampai parking bebetul depan pagar. Dah la tu kalau takat drop je takpe, ni siap tunggu, salam, bagi tazkirah kat anak, bagi duit belanja masa tu jugak, anak dah masuk sekolah pun tengok sampai anak ilang dari pandangan mata. B
 
esarnya kasih sayang seorang ibu bapa kepada anak, sampai jadi selfish dan tak pedulikan orang lain kan?
Ye, pagi tadi akka dah perhatikan 2 buah kereta yang parking/hentikan kereta bebetul depan pagar sekolah. Akka mmg tengok jam berapa lama masa dia amik, 7 minit yuols...7 minit!

 
kot ye pun, please parking elok elok, tak menghalang jalan raya.
bukan pun dia blok sampai kereta tak boleh jalan, boleh je..tapi sebuah je boleh lalu, dan dalam keadaan berhati hati kerana sempit.
 
nanti mesy PIBG akka nak usulkan kat cikgu untuk minta Guard halaukan parents yang nak park kereta mcm ni.
Kalau takat drop saje takpe.
 
tapi biasalah, nanti bila Guard straight sangat, bergaduh pulak. haaaiyaaa
 
Berbalik kepada cerita signal tadi, mcm yang kita semua tau, sekarang ramai orang yang tertinggal otak kat rumah bila keluar. Itu yang jadi bawa kereta macam orang gile..Signal ada tapi tak penah guna.
 
Kalau orang bawak keta tak guna signal ni dah jadi macam normal dah kan? Kena maki pun bebal jugak. Jadi kita ni, sebagai pemandu yang sama sama bertarung nyawa di jalanraya, please la jadi bijak sikit.
Baru je pagi tadi, ada sorang Brader up status marah kat Page Komuniti, marahkan seorang pengguna jalanraya yang tak bagi signal sehingga dia terpaksa brek emergency. End up anak dia tersembam. Marah betul dia bila melibatkan anak ni kan..sape tak marah? anak kot tersembam.

Bergaduh la pasal signal ni sampai alam barzakh pun, mmg dari dulu sampai sekarang takkan setel.

caranya satu je, kita nak selamat, kita jaga diri kita dulu. Kita nak ubah perangai orang, memang susah. Apa salahnya kita berubah dulu. Jaga keselamatan anak dan keluarga.
 
SILA PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR. Atau untuk anak yang masih baby, letakkan dalam car seat. Untuk keselamatan kan??

Ramai sangat skang ni lupa pasal penggunaan signal dan kalu bagi signal pun namanya SIGNAL SENAPAS yang sempat berkelip sekali je terus masuk lorong..mmg hawau!
 
jadi abang, kakak, kita ambil precaution dulu.
pakai tali pinggang kaledar ye ...
 
yang bodoh bebal tak reti pakai signal, tetap bebal
kita pun jgn ikut derang jadi bebal okay?



 

2 termakan hasutan:

musang berjanggut said...

signal..tak sabar lepas lampu merah..antara penyaki2 rakyat Malaysia...haha

wei...tulis panjang2 wat pe...aku melayu..malas baca..letak la gambar skit..hahaha...

btw looking foward ur next entry....hehe....

jangan marah aaaaa...

Ella Juna said...

haduiiii.... sakit la lutut yang terbabit tu kalau dengar koo punya syarah. otak letak kat mana? kat lutut! hahaha

heartbeat.com