Bos baru, kerja pun baru

Salam yuols!

Kerja di tempat baru, Alhamdulillah, tak banyak tekanan. Bos baru pun okay, slow and steady. Cuma bila ada kerja-kerja yang perlukan tindakan segera, segeralah bertindak. Ini tak, kalau boleh nak dekat ngan dateline, nak lagi dekat gittuew.

BTW, ini dah bos yang ke 5 sepanjang bekerja. Dan yang ke 5 ini Alhamdulillah, adalah lelaki. Yang no 3 actually lelaki juga tapi tak serve dia lama, dalam 1 tahun lebih je so macam, rileks juga. Bos pertama ialah perempuan, kedua perempuan, ketiga lelaki (tak lama), perempuan, dan sekarang, lelaki.

Orang cakap, bos perempuan ni songeh, banyak hal dll. Memula Kak Nowa pun berperasaan demikian. Masa memula nak attach nak bos perempuan tu kemain la berdebo. Sibuk Tanya orang sana sini, dia okay ke dia baik ke tak. Alhamdulillah, rupanya dia baik amat. Amat memahami, dan yang penting, bukan jenis kepala angin.

Okay, citer yang bos pertama sudah. Yang bos lelain tu takyah citer la.
kebanyakaan orang, selalu piker bos perempuan songeh. Banyak hal. Tapi korang yang silap. Kak Nowa bila dah bekerja ngan bos yang dikatakan songeh, banyak hal ni, baru la ahkak paham.
Ko tau ngape dia (bos perempuan) songeh ? banyak hal?

Sebab biasanya perempuan ni mahukan kesempurnaan. Nak semuanya kemas. Nak Nampak cantik dan takde salah.
Tapi korang buat keja camne?
Salah eja?
Salah format?
Print comot?
Kertas senget?

pastu ko expect bos ko nak sain surat tu seterusnya jalan?

memang tak laaaaaaa

Korang kena ingat, yang dia sain tu bawa nama dia, so dia bertanggung jawab. Sebab tu dia songeh.

tapi most orang tak paham.

Dah la bagi surat/dokumen last minit, pastu expect bos sain.

Selamat jalan romeo.

Pegawai tak pegawai, semua ahkak cerca.
Dah buat keja salah, pastu salahkan kerani, ahkak cerca juga
Dah buat keja salah, lepas tu salahkan printer sebab comot, juga ahkak cerca
Dah buat keja salah, bos edit, pastu ko ngomel, ahkak cercakan lagi

so, kerja aku skang ni mencerca orang je...

gasak la Nowa.

kalu aku tak cerca orang, aku pun tau , orang buat aku jadi bahan cercaan juga.

jenis orang kat sini, berani cerca belakang je. Depan aku bermulut manis...

dah la korang...

0 termakan hasutan:

heartbeat.com